Seorang Bapa Sanggup Lepas Gian Depan Anak Di Baling


ALOR SETAR - Seorang bapa bukan sahaja sanggup membawa anak perempuannya yang baru sahaja berusia dua tahun tujuh bukan ke port penagihan dadah, malas lelaki dayus tersebut juga turut melepaskan giannya dihadapan anak demi mengaburi mata pihak berkuasa.

Namun, taktik tersebut tidak berjaya kerana dia telah ditahan oleh pihak berkuasa bersama lapan penagih yang lain dalam satu operasi di Kampung Che Wan Jusoh, Baling, semalam.

Operasi yang bermula pada jam 6 pagi itu melibatkan  15 anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Baling, Kubang Pasu, Kulim dan Kuala Muda dan diketuai Rozaini Fakhrullah Rosland.

Difahamkan bahawa lelaki tersebut tergamak membawa anaknya ketika mahu mendapatkan bekalan dadah dan melepaskan gian.

“Individu tersebut cuba melengahkan pihak AADK yang menahannya dengan alasan membawa anak bersiar-siar,” kata Pegawai AADK daerah Baling, Arnida Ishak.

Tambahnya, hasil saringan air kencing mendapati kesemua penagih berusia 19 hingga 60 tahun tersebut positif dadah jenis opiat dan metamphetamine.

“Mereka dibawa ke pejabat AADK Baling untuk tindakan lanjut dan akan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3(1)  Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

Sementara itu, AADK Baling mendedahkan bahawa operasi besar-besaran dan berterusan akan dilakukan bagi membanteras penagih dadah dan membantu masyarakat memerangi dadah habis-habisan.

“Selain itu, kerjasama semua pihak diharapkan dalam menjadi mata dan telinga AADK.

"Aktiviti penagihan dadah yang berlaku di kawasan kejiranan mereka perlu dilaporkan,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com