Ronaldo Sahkan Kekasihnya Hamil, Bakal Timang Anak Keempat


CRISTIANO Ronaldo mengumumkan berita gembira mengenai beliau bakal menerima cahaya mata keempat.

Ia disahkan pemain itu sendiri berhubung teman wanitanya, Georgina Rodriguez yang kini sedang mengandung.

Pengesahan tersebut sekali gus menjawab spekulasi sebelum ini mengenai anak keempat Ronaldo.

Ditanya sama ada pemain berusia 32 tahun itu gembira mendapat seorang lagi anak, beliau menjawab: "Ya, sangat gembira."

Georgina, 23, sebelum ini dirakam gambarnya dalam keadaan perut yang sudah menampakkan baby bump. 

Sumber: Mail Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com