Robot Seks 50 Posisi Mampu Bendung Jenayah Rogol?


LONDON – Pasaran seks global bakal berdepan revolusi terbesar apabila robot sextech yang direka kini sudah mampu menawarkan kepuasan seks dengan sentuhan menyerupai manusia sebenar.

Menurut sebuah badan antarabangsa, Foundation for Responsible Robotics berpangkalan di sini, pasaran teknologi robot seks dijangka berkembang pesat malah kini mampu melakukan 50 posisi persetubuhan secara automatik.

Bermula sekadar penciptaan ala ‘anak patung cinta android’, robot itu dengan kos AS$5,000 hingga AS$15,000 bahkan membolehkan pengguna mengubah suai bentuk puting buah dada dan warna bulu kemaluan faraj idaman.

Namun, kemunculan robot seks berkenaan turut mencetuskan pelbagai isu sosial kompleks perlu dipertimbangkan semula oleh pembuat dasar dan masyarakat waima negara yang terbuka kepada industri pelacuran domestik.

Ini termasuk sama ada penggunaan peranti sedemikian hanya digalakkan dalam klinik terapi seksual, pesalah seks, atau orang kurang upaya untuk membolehkan golongan ini melampiaskan nafsu syahwat mereka secara sah.

Noel Sharkey, seorang profesor kecerdasan buatan (AI) dan robotik di Universiti Sheffield berkata, sukar diramal berapa jauh atau cepat pasaran itu berkembang, atau apa kesan kepada masyarakat pada tahun-tahun mendatang.

“Patutkah anak patung robotik menjadi eksklusif? Atau adakah mereka akan ubah norma kemasyarakatan dan tersebar luas? Bagaimanakah jimak dengan robot sama dengan hubungan intim manusia sebenar?” soal beliau.

Beberapa laporan kajian bebas turut memandang beberapa isu kontroversi sampingan sekali gus mendorong ahli akademik, tokoh masyarakat dan firma industri pelacuran untuk tampil menyuarakan pandangan jujur mereka.

Ia kemungkinan sama ada misalnya, robot seks mungkin bantu dalam usaha mengurangkan jenayah seksual apabila bakal perogol tidak perlu cari mangsa lagi sebaliknya dapat memperkosa ‘wanita’ idamannya itu berulang kali.

Ini kerana kajian akademik mendapati, melakukan persetubuhan dengan robot akan mengurangkan nafsu meluap-luap si penyerang untuk merosakkan kehormatan manusia sebenar terutama gadis cantik yang digilai ramai jejaka.

Ada berpendapat bahawa langkah membenarkan lelaki ‘kuat seks’ menjalani fantasi secara gelap dengan robot bakal mempunyai kesan jangka panjang apabila menghancurkan norma masyarakat khasnya institusi perkahwinan.

Mengenai masalah hubungan “bermakna”, laporan badan itu mengatakan bahawa dengan teknologi AI semasa, dan meskipun pada zaman hadapan, hakikatnya tiada perasaan cinta manusia daripada robot itu akan menjadi sama.

“Robot seks yang terbaik pun hanya boleh melakukan nafsu ‘palsu’ itu. Robot canggih walau bagaimana hebat sekali pun di atas ranjang asmara masih lagi tidak boleh meluahkan perasaan cinta sejati.” – Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com