Redah Banjir Kilat Balik Rumah Di Kota Belud


LEBIH 30 pelajar dan murid di Kota Belud meredah banjir ketika pulang ke rumah masing-masing selepas berlaku banjir kilat di beberapa kampung berikutan hujan lebat sejak pagi, semalam.

Hujan lebat bermula kira-kira 9 pagi itu, turut menyebabkan laluan di beberapa kampung di daerah berkenaan dinaiki air antara 0.2 meter hingga 0.6 meter.

Kampung yang terjejas iaitu Kampung Siasai, Kampung Bobot, Kampung Lingkodon, dan Kampung Donggoi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, Paulina Francis, berkata anggota APM sudah dikerah ke lokasi banjir bagi memastikan keselamatan penduduk kampung.

"Anggota APM turut membantu lebih 30 pelajar dan murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Abai untuk menyeberangi kawasan banjir menggunakan rakit pulang ke rumah mereka.

"Pemeriksaan mendapati banjir dipercayai berlaku selepas hujan lebat di Hulu Kedamaian sejak pagi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehingga ini, katanya, tiada pemindahan penduduk dilakukan memandangkan banjir masih dalam keadaan terkawal.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com