Rakyat Perlu Tahu Mengenai Kejayaan Felda

 Related image

ALOR SETAR - Satu program bertemakan Ekspresi Felda Negaraku Malaysia bakal diadakan pada 21 hingga 23 Julai ini bersemperna sambutan Hari Pene­roka Peringkat Kebangsaan 2017 tidak lama lagi.

Program yang dijangka bakal mendapat sambutan seramai 50,000 pengunjung itu akan diadakan di Persiaran Perdana, Putrajaya.

Pengarah Publisiti Ekspresi Felda Negaraku Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, motif utama program yang bakal berlangsung tersebut bertujuan untuk mengbongkarkan kepada orang ramai tentang lambakan kejayaan yang telah dicapai oleh Felda yang sebelum ini tidak didedahkan dan tidak diketahui umum.

“Kita ingin paparkan tentang pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh peneroka dan ge­nerasi anak-anak peneroka Felda yang kini menjadi usahawan dan selebriti tanah air termasuk perkembangan Felda sejak daripada awal penubuhan sehingga kini.

“Antara perkara lain yang ramai yang tidak tahu tentang Felda ialah Felda Lurah Bilut, Felda Tun Ghafar termasuk Felda di Sabah adalah terdiri daripada kaum-kaum lain dan bukan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat media mengenai program tersebut di sini semalam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com