Proses Bebas Anwar Selepas Seminggu PH Bentuk Kerajaan - Mahathir


PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan pendaftaran gabungan parti pembangkang itu sebagai sebuah pertubuhan yang sah walaupun DAP masih tidak mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu.

Pengerusinya,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan mengetepikan DAP sebagai parti komponen PH dalam pendaftaran itu meskipun beliau sedia maklumPendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan CEC DAP sedia tidak sah mengikut Akta Pertubuhan 1966.

“DAP tidak perlu dikeluarkan daripada pendaftaran PH sebab DAP memang ada dalam parti (PH).
“Kita akan teruskan pendaftaran PH (walaupun DAP belum buat CEC baharu),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, di sini, malam semalam.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah telah mengarahkan DAP agar mengadakan semula pemilihan CEC baharu ekoran pelantikan kepimpinan parti itu pada 29 September 2013 dianggap tidak sah.

Katanya, sekiranya DAP enggan berbuat demikian, RoS boleh mengambil tindakan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.

Sementara itu, ketika ditanya pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya PH memenangi PRU14, Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, pihaknya perlu fokus kepada proses memohon pengampunan terlebih dahulu.

“Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas PH membentuk kerajaan.

“Permohonan itu mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Anwar kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” katanya lagi.

Sumber - MalaysiaGazette.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com