PM Iraq Isytihar Menang Di Mosul


DUBAI - Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, mengumumkan kejayaan mengalahkan militan Daesh di Mosul dari bilik operasi Perkhidmatan Memerangi Keganasan, kata pejabat medianya menerusi Twitter, kelmarin.

Stesen televisyen pada awalnya melaporkan Abadi akan menyampaikan 'kenyataan bersejarah' tidak lama lagi selepas tiba di Mosul sehari sebelum itu untuk mengucapkan tahniah kepada komander tentera dalam pertempuran hampir sembilan bulan untuk mengusir militan. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com