PLKN Bermula Khamis Depan


KUALA LUMPUR - Kemasukan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi Kumpulan 2 Siri 14/2017 akan bermula Khamis ini hingga 13 September, kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Ia berkata pelatih boleh membuat semakan tarikh dan tempat bermula pergerakan mereka ke pusat latihan di laman web www.khidmatnegara.gov.my.

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan pelatih boleh dibuat dengan menghubungi Afzan Ahmad di talian 03-40274179 atau 013-3304988 dan Nurul Zuraika Zainal Abidin di talian 03-40274281 atau 017-3707765. -Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com