Perlakuan Ibu Bapa Sumbang Anak Jadi Pembuli - Perunding Keibubapaan


KUALA LUMPUR - Kejadian buli di sekolah, selain pengaruh rakan sebaya, turut disumbang sikap membuli yang diamalkan sebilangan ibu bapa.

Perunding keibubapaan Noor Afidah Abu Bakar berkata perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.

Noor Afidah Abu Bakar berkata perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.
Noor Afidah Abu Bakar berkata perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.

"Dalam kebanyakan kes, anak tidak tahu cara terbaik untuk berinteraksi dengan orang lain.

"Rata-rata anak tidak faham erti perasaan sedih, kecewa atau marah dengan sebarang tindakan yang dilakukan akibat tiada rasa empati dalam diri mereka.

"Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu ajar anak serta ahli keluarga tentang empati, iaitu keupayaan untuk memahami perasaan orang lain," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.

Noor Afidah yang juga pengamal keibubapaan bertauliah dari United Kingdom turut menjelaskan ibu bapa perlu banyak meluangkan masa dengan anak agar lebih faham personaliti serta kaedah menguruskannya dengan lebih berhemah.

"Tugas hakiki seorang anak sejak lahir ialah untuk meraih perhatian daripada ibu bapanya.

"Saya akui pada zaman kini agak mencabar untuk meluangkan masa bersama anak-anak, tetapi sekurang-kurangnya ada salah seorang yang memberi tumpuan setiap hari," jelas Noor Afidah.


Beliau menambah apabila seorang anak mengalami defisit perhatian daripada ibu bapanya, anak tersebut akan melakukan apa saja cara bagi mendapatkan perhatian termasuklah dengan perbuatan buli.

"Biasanya, bila anak membuli, dia akan mendapat perhatian daripada ibu bapanya. Jadi, anak akan suka membuli kerana ia boleh mendatangkan perhatian daripada ibu bapanya.

"Perlu diingat, sebarang perhatian, biarpun datang daripada perbuatan negatif, ialah sesuatu yang baik bagi seorang anak yang dahagakan perhatian.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Noor Afidah menyarankan ibu bapa agar merapatkan hubungan dengan anak mereka yang terbabit dengan kejadian buli.

"Rapatkan diri dengan anak, bimbing mereka kepada tingkah laku yang betul.

"Apa yang penting jangan berputus asa kerana si anak tiada orang lain yang boleh mereka harapkan melainkan ibu bapanya sendiri.

"Jadi, ibu bapa perlu fokus kepada perkara positif yang dilakukan anak agar lebih banyak perkara baik dibuatnya bagi mendapatkan perhatian kita," tambahnya.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com