Penyelidik Jepun Cipta Gel Selembik Jeli, Sekeras Keluli


TOKYO - JEPUN . Penyelidik di Jepun berjaya mencipta sebuah gel yang boleh dibengkokkan tetapi lima kali ganda lebih kuat dari keluli karbon.

Menurut laporan CNN, bahan tersebut yang menyerupai bentuk kain mengandungi hydrogel iaitu bahan yang mudah ditemui pada kanta lekap.

Selain itu, bahan-bahan tersebut kemudian digabungkan pula dengan gentian kaca.

Gabungan sedemikian berjaya menjadikan ia 100 kali ganda lebih kuat dari hydrogel dan 25 kali ganda lebih kuat dari kain gentian kaca.

Kekuatan sesuatu bahan diukur mengikut jumlah tenaga yang perlu dikeluarkan untuk memusnahkan bahan tersebut.

"Ia dalah bahan lembut paling kuat pernah manusia hasilkan," kata ketua penyelidik, Profesor Jian Ping Gong.

Ping Gong percaya bahan tersebut sesuai untuk menghasilkan bahan-bahan bio, seperti organ tiruan atau prostetik.

"Ia mungkin digunakan untuk pengganti salur darah, ligamen atau macam-macam jenis organ lagi.

"Saya juga fikir ia boleh menahan peluru," kata Ping Gong.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com