Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut


KUANTAN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikalnya terbabas di Kilometer 12.7,  Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari tadi itu, mangsa Lee Man Long, 43, dari Bandar Puteri, Puchong maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersendirian menunggang motosikal Mv Augusta S3 800 dari Genting Highlands menuju Kuala Lumpur.

"Ketika sampai di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar tembok batu.

"Mangsa dipercayai terhantuk di tembok batu dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Bentong," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Katanya mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com