Peniaga Nafi Buat Penghantaran Palsu


KLANG -  Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran palsu berkenaan dengan parti politik, tahun lalu.

Mohd Nazri Sulaiman selaku orang kena saman (OKS) didakwa  dengan sedar melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain yang dibaca pada 13 September 2016, jam 8 malam di sebuah restoran, kampung Sijangkang, Klang dekat sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan melalui laman Facebook Mohd Nazri jam 6.45 petang pada 10 September tahun lalu.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com