Pengurus Syarikat Maut Tercekik Kuih Koci Di Johor


JOHOR BAHRU - Seorang pengurus sebuah syarikat meninggal dunia selepas tercekik kuih koci ketika menikmati juadah itu di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Samsi Sapan, 56, yang berasal dari Kulai bersama-sama tiga rakannya sedang makan di kedai makan berkenaan.

"Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini.

"Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan pada mangsa mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Shahurinain berkata, kes diklasifikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Difahamkan, Mohd. Samsi yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Mersing datang ke kedai berkenaan selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd. Ali Hassan di Taman Nong Chik, di sini. 

Sumber: UTUSAN ONLINE

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com