Penduduk Setuju Cadangan Parkir Berbayar Di Uptown Baling


ALOR SETAR - Cadangan untuk mengenakan parkir berbayar bagi kawasan berbumbung di Uptown Baling mendapat persetujuan penduduk di kawasan tersebut.

Walaupun sedar bahawa cadangan tersebut mendapat pertikaian sesetengah pihak namun rata-rata penduduk bersetuju dengan cadangan harga parkir iaitu RM1 bagi sejam dan RM5 untuk sehari.

Hasil pemerhatian mendapati cadangan tersebut tidak memberi impak yang besar kerana menurut masyarakat bumiputera disitu, kawasan tersebut tidak mendapat perhatian orang awam.

“Cadangan asal buat Uptown itu untuk bantu bumiputera, tetapi kawasan itu tak hidup sangat.

“Kebanyakan orang sini, jam 9 malam dah tak keluar rumah, jadi jika caj pun tak ada masalah,” kata peniaga, Nur Zalira Ghazali, 32.

Ada juga yang berpendapat bahawa kadar parkir tersebut berpatutan ekoran kos pembinaan dan penggunaan eletrik juga turut memakan kos yang besar.

“Jika laksanakan pun ok, sebab Majlis Daerah Baling (MDB) bina kawasan berbumbung itu makan kos yang mahal. Malam pun guna lampu lagi.

“Dengan hasil itu juga MDB boleh guna bantu masyarakat, tapi semua itu terpulanglah pada depa,” kata penduduk, Halim Osman, 65.

Sementara itu, ada menyifatkan bahawa kadar RM1 untuk satu jam adalah agak mahal dan ada sesetengah pihak pula mengambil kesempatan dengan memarkir di kawasan tersebut dalam tempoh masa yang lama. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com