Pencerobohon Nelayan Asing Makin Ketara


KEMAMAN  -Trend migrasi ikan laut dalam yang memasuki perairan negara dikesan menjadi punca kepada pencerobohan nelayan dari negara jiran yang makin ketara kini.

Ketua Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komanden Maritim Muhamad Rezal Kamal Bashah berkata, ini dibuktikan dengan tangkapan berterusan nelayan asing dalam Ops Pagar sejak awal bulan Jun lalu.

" Operasi yang menggabungkan Ops Perkasa Timur dan Ops Marikh telah menumpukan rondaan di kawasan perairan  Zon Ekonomi Ekslusif ( ZEE )  yang menjadi lokasi tumpuan nelayan asing untuk menangkap ikan, " katanya.

Menurutnya faktor kekurangan sumber hasil laut di negara jiran  pada masa sekarang menunjukkan peningkatan  kemasukan nelayan asing  sehingga menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan.

 "Sejak operasi bermula, sebanyak 11 tbot bernilai melebihi 10 juta ringgit dirampas, dan ini menunjukkan bahawa mereka semakin banyak memasuki perairan negara, ' katanya.

Beliau berkata, nelayan dari negara Vietnam dikesan paling aktif menceroboh untuk memungut sumber laut negara.

"Terbaharu 22 nelayan termasuk tekong telah ditahan semalam pada kedudukan 94 batu nautika dari Kuala Kemaman," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Maritim Kemaman di sini , semalam.

 Menurut beliau, bot tersebut ditahan pada pukul pada pukul 8.30 pagi bersama kesemua kru termasuk tekong berumur 16 hingga 43 tahun.

Pihaknya juga telah merampas sebanyak 1.2 tan ikan pelbagai jenis serta 100 kilogram sotong, dan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan RM700,000.

Beliau turut mengingatkan pengusaha bot laut dalam tempatan supaya tidak menjual hasil tangkapan kepada nelayan asing untuk mengaut keuntungan mudah kerana mereka akan berhadapan dengan hukuman keras jika di sabitkan kesalahan.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com