Pemuda PAS Sedia Gempur Pakatan Harapan Yang Diketuai DAP


ALOR SETAR -  Pemuda PAS sedia menghadapi parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) tanpa memperdulikan siapa juga ketua nombor satu dalam gabungan pembangkang yang diketuai oleh parti DAP itu.

Naib ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata,  Pemuda PAS tetap lawan , biar siapa pun pemimpin dalam Pakatan Harapan, begitu juga UMNO yang menjadi musuh tradisi

Bagaimanapun katanya beliau mendakwa Pakatan Harapan terpaksa mewujudkan tiga jawatan utama dalam struktur gabungan itu bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

Jawatan ketua umum, pengerusi dan presiden seperti terpaksa diwujudkan mereka (PH), kata Ahmad Fadhil yang dipetik Harakah Daily.

“Kita pun tidak tahu siapa sebenarnya yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pakatan terbabit,” katanya kepada media selepas majlis Mesra Aidilfitri Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Kota Bharu semalam.

Baru-baru ini Pakatan Harapan mengumumkan jawatan utama dalam organisasinya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum, Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden).

Manakala bagi jawatan timbalan presiden disandang oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (PAN).

Bagaimanapun parti dalam pakatan itu (DAP, PKR, PAN dan PPBM) mempertahankan pelantikan pemimpin yang diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, Khamis lalu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com