Pemimpin Daesh, Baghdadi Sudah Mati?


BALAI Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia memberitahu Reuters pada Selasa bahawa mereka mempuyai maklumat sahih tentang pemimpin militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi (gambar) mati terbunuh.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata pada Jun Baghdadi mungkin terbunuh dalam serangan udara di bandar Raqqa, Syria.

Namun, Washington tidak dapat mengesahkan kematian tersebut dan pegawai rasmi Barat serta Iraq berpandangan skeptikal tentang berita itu.

Reuters bagaimanapun tidak boleh menentusahkan kematian Baghdadi.

"(Kami sudah) mengesahkan mamlumat daripada para pemimpin termasuk seorang daripada kepimpinan tertinggi dalam Daesh di bahagian timur Deir al-Zor," kata pengarah kumpulan pemantau perang yang berpangkalan di Britain, Rami Abdulrahman kepada Reuters.

Kematian Baghdadi telah diumumkan beberapa kali sebelum ini tetapi balai cerap tersebut mempunyai rekod laporan yang boleh dipercayai mengenai perang saudara Syria.

Kata Abdulrahman, sumber balai cerap di Deir al-Zor telah diberitahu oleh sumber Daesh bahawa Baghdadi telah meninggal dunia 'tetapi mereka tidak menyatakan waktunya secara terperinci'.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com