Orang Kedah Tak Kisah Ekonomi, Rizab Kewangan Negeri Merudum 80%?


ALOR SETAR - Meskipun didedahkan fakta prestasi pengurusan ekonomi dan kewangan Kerajaan Negeri yang merosot teruk untuk tempoh tiga tahun, ia langsung tidak dipedulikan oleh para penyokong bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Bukan saja tidak endah pada fakta kegagalan yang didakwa itu, malah penyokong Mukhriz membuta tuli mendakwa prestasi pengurusan ekonomi dan kewangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah lebih teruk berbanding Mukhriz.

Meskipun membuktikan kemampuannya mentadbir ekonomi dan kewangan Kedah lebih baik berbanding Mukhriz, Ahmad Bashah tetap dihina oleh penyokong Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) tersebut.

Selain Ahmad Bashah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin, juga turut dihina penyokong Mukhriz dengan pelbagai cercaan meskipun beliau menegakkan fakta yang benar.

"Dok kira rizab zaman bila tu... hat la pun koi teruk ni... rezab hilang, hutang pun koi banyak," tulis Ridzuan Ahmad, bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid yang kini merupakan penjawat awam di Kementerian Pelajaran (Pendidikan) Malaysia.

"Mat lena buat apa ja habaq mai..kaki jilat suma ni skli..," tulis pengguna Facebook, Aizat Halim, dari Alor Setar dan pernah bersekolah di SMK Dato' Syed Omar.

"X sah dok kata kat orang lain klu hat la ni pun sama ja!," tulis Kamarudin Din, anak Kedah yang kini bertugas di AEON Jusco Permas Jaya, Johor.

"Hang kata mcm tuu sebab hang x sempat nak selfie kott..yalhhkan jadi ketua pergerakan pemuda umnongok kedah sibuk menfitnah/mengata org..mcm ini kaa ketua pergerakan pemuda yg menjadi idola anak muda kedah belajaq kutuk/fitnah org??mcm nee kaa najib razak yg pengerusi umno yg hampa hormat Sgt tuu ajar org bawahan dia untuk biadap sesama Islam??hangpa org bwahan pungkoq najib sama jaa ngn dia tuu..," tulis Mimie Shazuwana, yang difahamkan pernah belajar di SMK Chepir, Sik.

"Crita dia cmni...sapa buat kja jujur utk rakyat...bn xsuka...sapa yg kuat jilat..bg apa yg hq mntak...itu bru ok..ksimpulannya mukhriz bgus utk rakyat tpi xbgus utk bn sbb xdpt ikut jln ke lembah kotor yg bn bwak," tulis Amyrul Myrul Hashim, yang difahamkan bekerja sebagai jurugambar senior selebriti di Redland Photography dan mendakwa dirinya bekas pegawai pembantu peribadi kepada Yang Teramat Mulia, Tunku Temenggong Kedah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mendedahkan fakta prestasi pengurusan ekonomi dan kewangan Ahmad Bashah adalah jauh lebih baik berbanding Mukhriz yang mentadbir Kedah kira-kira tiga tahun sebelum ini.

Kenyataan tersebut disambut oleh Shaiful Hazizy yang mendedahkan fakta pencapaian Ahmad Bashah yang jauh lebih baik berbanding Mukhriz meskipun sering dihina tahap pendidikan dan Menteri Besar "lena".

Walau bagaimanapun, berkemungkinan pengguna media sosial berkenaan hanya membaca tajuk laporan berita berkenaan, namun tidak membaca keseluruhan laporan tersebut sebagaimana pengguna tipikal media sosial lain.

Pengurusan ekonomi dan kewangan negeri merupakan satu tugas mencabar bagi setiap ketua kerajaan di mana ia menjadi garis panduan kepada penilaian kecekapan pentadbiran bagi sesebuah kerajaan yang diketuai. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com