Neelofa Tidak Akan Tukar Pesawat Kalau Jadi Fattah


“KALAU saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa.” 

Itu antara penjelasan Neelofa berhubung isu pelakon Fattah Amin dan Fazura menukar penerbangan pada saat-saat akhir ke Koh Samui, Thailand pada Jun lalu gara-gara menaiki penerbangan yang sama. 

Neelofa, 28, berkata, dia sudah membuat persediaan merancang percutian ke lokasi tersebut lebih awal iaitu pada 14 Jun lagi. 

Dia sepatutnya ke Makkah untuk menunaikan umrah namun atas sebab-sebab tertentu, ia terpaksa ditukarkan kepada percutian berkenaan. 

“Saya sesekali tidak menyangka menaiki pesawat yang sama ke lokasi yang sama dengan pelakon itu. 

“Ya, saya ada berselisih dua kali dengannya ketika mahu daftar masuk (check-in) pada jam 6.30 pagi di lapangan terbang dan sekali lagi di boarding area, itu saja. 

“Jadi bila ada dakwaan kononnya kata saya melarikan diri, itu yang saya pelik. Bila pula saya lari? Saya tak buat apa-apa salah dan hanya mahu bercuti merehatkan minda, itu saja," katanya kepada mStar Online. 

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi satin Naelofar Scarf Maya di The Royal Chulan, Damansara pada Selasa. 

Kontroversi timbul apabila Neelofa, dikatakan bercuti di lokasi yang sama dengan Fattah dan Fazura iaitu Koh Samui, Thailand. 

Fattah dalam sebuah portal berita berkata, dia terpaksa menukar penerbangan apabila mengetahui Neelofa turut berada dalam jadual pesawat yang sama kerana berasa tak sedap hati selain atas nasihat keluarga. 

Dalam pada itu,  Neelofa berkata, dia agak kecewa apabila isu tersebut mula dibesarkan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi ketika dirinya mahu menenangkan fikiran. 

“Tidak timbul soal sengaja timbulkan babak atau sebarang drama atau apa, semuanya di luar jangkaan dan saya hanya teruskan perjalanan seperti biasa. 

“Mungkin ini satu daripada ujian Allah untuk saya dalam bentuk menjaga hubungan sillaturahim, Wallahualam,” katanya. 

Sementara itu, Neelofa yang sebelum ini berjaya mengatasi Nora Danish dengan menjadi selebriti paling ramai pengikut di laman Instagram iaitu 4.9 juta melihat perkara tersebut daripada sudut positif. 

“Tiada niat nak tunjuk siapa hebat, siapa ramai pengikut atau sebagainya tetapi perkara itu baik untuk perkembangan lapangan perniagaan saya selain merupakan akses terbaik dengan peminat yang terus menyokong perjalanan kerjaya seni saya, terima kasih,” jelasnya.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com