Najib Boleh Digelar Sebagai Bapa Pengangkutan Awam


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh digelar sebagai Bapa Sistem Pengangkutan Awam kerana hasil kejayaan beliau menggerakkan serta memperbaiki sistem pengangkutan awam di negara kita.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Oriental Daily.

"Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer dijangka beri manfaat kepada 150,000 penumpang setiap hari. Ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan kadar pengurangan 160,000 kenderaan memasuki bandar setiap hari," kata Tiong Lai.

Menurut beliau, sehingga hari ini, fasa satu MRT Sungai Buloh ke Semantan mencatatkan dua juta penumpang sejak ia mula beroperasi pada Disember tahun lepas.

"Saya yakin jumlah penumpang yang menggunakan MRT ini akan meningkat selepas fasa kedua ini memulakan perkhidmatannya.

"Negara kita kini memiliki empat laluan pengangkutan awam yang baik seperti Monorel, Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter dan MRT dan ditambahkan pula Kereta Api Berkelajuan Tinggi ( Kuala Lumpur-Singapura) yang dijangka siap pada tahun 2026 serta kereta api pantai timur.

"Selain itu, rakyat turut menikmati perkhidmatan bas percuma Go KL, Sunway Bus Rapid Transit (BRT), Projek Tambahan LRT dan LRT3 pada masa depan serta jajaran kedua MRT, ia sesungguhnya dapat menggerakkan pembangunan ekonomi negara," kata Tiong Lai.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com