'Mummy Yang Workout Korang Yang Panas' - Sharifah Sakinah


Tindakan pelakon Sharifah Sakinah yang kini kembali aktif bersenam selepas melahirkan anak sulungnya, Anais Adha mengundang kritikan netizen.

Mula bersenam semenjak beberapa hari lalu, Sakinah memuat naik foto dirinya menjalankan aktiviti kecergasan di laman Instagram miliknya, @sharifah_sakinah.

Namun begitu, apa yang dilakukan oleh Sakinah mendapat komen negatif netizen sehingga aktres itu menutup ruangan komen di foto-foto tersebut.

Susulan kritikan yang diterima, Sakinah memuat naik foto Anais yang sedang tidur untuk membidas komen negatif sesetengah netizen.

“Mummy yang workout korang yang panas. Zzzz,” tulis Sakinah.

Sakinah selamat melahirkan bayi pertamanya, Anais pada 24 Mei lalu.

Anais merupakan anak hasil perkahwinan Sakinah bersama seorang juruterbang, Alif Adha. Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2015.

Sumber: TV14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com