Misteri Kehilangan Isteri Jong-un Terjawab


ISTERI Kim Jong-un buat pertama kalinya dilihat di khayalak ramai dalam tempoh empat bulan sekali gus menamatkan teka-teki bahawa hubungannya bersama pemimpin Korea Utara itu berantakan.

Pasangan itu menghadiri satu majlis untuk meraikan kejayaan negara tersebut menguji program nuklear terbaharunya.

Ri Sol-ju, 27, jarang mengiringi Jung-un sejak kebelakangan ini dan pernah menghilang selama sembilan bulan pada 2016.

Dia duduk bersebelahan dengan Jong-un dan dilihat mengenakan perhiasan mahal dan membawa beg tangan mahal.

Majlis yang dihadiri pegawai tertinggi kerajaan dan saintis itu, memperlihatkan sosok Sol-ju yang anggun menawan memakai busana berwarna biru muda.

Malah wanita itu turut tampil dengan imej dandanan rambut yang berbeza daripada penampilannya sebelum ini.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com