MH17: Tragedi Yang Tidak Akan Dilupakan - PM


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan salam takziah dalam mengenang tiga tahun selepas tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Menulis di laman Facebook, Najib menegaskan bahawa insiden ini kekal sebagai keutamaan bagi Malaysia dalam mencari pelaku yang bertanggungjawab.

"Salam takziah, doa dan ingatan buat mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi MH17 ini terutama kepada 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat tersebut.

"Memori mangsa-mangsa ini akan terus 'hidup' dalam ingatan insan tersayang mereka.

"Selain itu, Malaysia akan terus berusaha keras dalam mencari pelaku bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan. Tragedi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan buat negara," tulisnya. 

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com