Merkuri Tumpah Di Klinik Kesihatan Di Bagan Serai


BAGAN SERAI - Kakitangan Klinik Kesihatan Nibong Hangus di sini, cemas selepas berlaku tumpahan merkuri di dalam makmal klinik itu kira-kira jam 12 tengahari, semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Mohd Jais Sudin berkata, pihaknya mengambil masa kira-kita 30 minit untuk membersihkan tumpahan itu.

“Pihak kami menerima panggilan lebih kurang jam 12.02 tengah hari daripada pihak klinik kesihatan memaklumkan kemungkinan terdapat kebocoran satu tiub termometer di dalam makmal klinik itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita dapati tiada kecederaan berlaku dan mangsa terlibat dalam kejadian itu,” katanya kepada media di sini, semalam.

Mohd Jais berkata, pihaknya menabur sulfur di tempat berlaku pertumpahan bahan itu.

“Bahan itu kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan lanjut.

“Lima anggota ke tempat kejadian. Operasi ditamatkan pada 12.38 tengahari,” katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com