Mengaku Tak Bersalah Cuba Langgar Wanita Dalam Pantang


BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengakibatkan kecederaan terhadap seorang wanita yang masih dalam pantang dengan cuba melanggarnya dengan sebuah kereta, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Arif Majid, 25, membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Norma Ismail, semalam selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melanggar seorang wanita, Nur Fadhilah Mohd Shukri, 21, dengan sebuah kereta Perodua Kancil kira-kira jam 1.15 pagi di Taman Cenderawasih pada 11 Julai lalu sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sementara itu, Shazreen Nadia berkata, pihak pendakwaan tidak memohon sebarang jaminan dikenakan ke atas tertuduh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 16 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com