Memorial MH17 : Tanam 298 Pokok Sempena Memperingati Mangsa Tragedi


TIGA tahun selepas penerbangan MH17 ditembak jatuh di Ukraine, lebih 2,000 ahli keluarga akan berkumpul di Amsterdam, semalam untuk membuka tirai memorial peringatan mangsa terkorban.

Memorial itu terdiri daripada 298 pokok yang ditaman dalam bentuk riben hijau di taman Vijfhuizen iaitu satu pokok bagi setiap mangsa terkorban dalam tragedi 17 Julai 2014 itu.

Taman itu terletak berhampiran lapangan terbang Schiphol di mana pesawat MH17 berlepas untuk ke Kuala Lumpur sebelum ditembak jatuh.

Raja Belanda, Willem-Alexander dan Permaisurinya, Maxima bersama pegawai kerajaan dan antarabangsa dijangka merasmikan memorial itu, pada 3 petang waktu tempatan (9 malam).

Nama setiap 298 penumpang dan kru yang terkorban akan dibaca ahli keluarga manakala 17 kanak-kanak akan meletakkan bunga.

Walaupun kebanyakan mangsa warganegara Belanda, mangsa lain dari 17 negara termasuk Malaysia, Australia, Britain dan Indonesia.


“Pokok simbolik dengan ‘harapan’ dan ‘masa depan’ dalam pelbagai budaya.

"Kami bukan sahaja mahu menghormati mangsa MH17 tetapi juga mahu membuat tempat di mana semua orang boleh memperingati mereka," kata persatuan keluarga mangsa dalam satu kenyataan.

Monumen ini dibiayai oleh sumbangan dan diilhamkan ahli seni Ronald A Westerhuis dan arkitek landskap, Robbert de Koning selepas dipilih daripada tiga cadangan oleh ahli keluarga mangsa pada 2015.

Pokok dalam memorial ini akan dikelilingi bunga matahari yang akan berkembang pada Julai dan “memancarkan cahaya keemasan” pada pokok, kata yayasan itu.

Bunga mata hari turut melambangkan “ladang bunga mathari di timur Ukraine di mana beberapa serpihan pesawat ditemui.”

Nama setiap mangsa akan tertera pada setiap pokok ditanam yang terdiri daripada 11 jenis.

Sementara itu, di pertengahan kawasan tanaman pokok itu terdapat satu lagi memorial besi dalam bentuk mata menoleh ke langit.

Nama mangsa turut terukir dalam mata itu.

Satu pokok epal turut ditanam bagi memperingati Gary, 16, dari Rotterdam yang mayatnya masih belum dikenal pasti. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com