Mangsa Kelima Positif Rabies Di Sarawak


KUCHING - Mangsa virus rabies atau anjing gila di negeri ini, bertambah kepada lima orang apabila seorang lelaki disahkan positif dijangkiti wabak penyakit itu hari ini.

Kes terbaharu itu pertama kali membabitkan pesakit dewasa kerana empat mangsa yang kesemuanya sudah meninggal dunia sebelum ini melibatkan kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seorang lelaki berusia 52 tahun berasal dari Kampung Remun, Serian disahkan dijangkiti virus rabies berdasarkan keputusan ujian makmal yang diperoleh hari ini selepas pesakit tersebut menjalani pemeriksaan sebelum itu.

“Pesakit itu mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu, namun pada 11 Julai lalu lelaki berkenaan telah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan sebelum dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, terdapat lima kes rabies di Serian dengan empat pesakit telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sumber: Utusan Online


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com