Malaysia Minat Bina Lebuh Raya Mumbai-Nagpur


NEW DELHI - Malaysia berminat untuk membina Lebuh Raya 'Super Communication Mumbai-Nagpur' sepanjang 700 kilometer yang kosnya dianggarkan sebanyak AS$7.1 bilion, kata Menteri Jabatan Kerja Raya Maharashtra Eknath Shinde.

Delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan CIDB Holdings Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Sri Zohari Haji Akob, telah bertemu Shinde bagi membincangkan projek lebuh raya tersebut.

Lebuh raya lapan lorong itu akan melalui 10 daerah.

"Malaysia telah mengambil bahagian dalam pelbagai projek pembangunan dalam negara ini dan menggunakan teknologi majunya untuk membina jalan, jejambat dan jalan bawah tanah.

"Kami juga mahu bekerjasama dengan mereka dalam lebih banyak projek sedemikian," kata Shinde kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut laporan media tempatan, projek tersebut akan melibatkan pemerolehan tanah pada kos Rs55 bilion (AS$855 juta), juga akan melibatkan pembinaan taman perniagaan. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com