Mahkamah India Gantung Larangan Jual Lembu Sembelih


NEW DELHI - Mahkamah Agung negara ini menggantung larangan kerajaan terhadap penjualan lembu untuk disembelih, sekali gus meningkatkan industri daging dan kulit lembu yang membawa keuntungan berbilion dolar yang kebanyakannya diusahakan oleh golongan minoriti Islam.

Ketua Hakim, Jagdish Singh Khehar menegaskan tentang kesukaran yang dialami dalam perniagaan lembu akibat larangan tersebut.

``Kehidupan penduduk tidak boleh terjejas akibat larangan ini,’’ katanya.

Industri daging dan kulit lembu di negara ini bernilai lebih AS$16 bilion (RM68.7 bilion) setiap tahun. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com