Macam Serbuk Inai, Rupanya Ketum


SEBUAH rumah di Kampung Belukar, Changlun, Kedah, yang dijadikan makmal memproses daun ketum menjadi serbuk, diserbu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam.

Terdahulu, AADK menerima maklumat berkaitan kes dadah di kawasan itu, namun lain pula ceritanya apabila mereka menemui makmal dilengkapi mesin memproses daun ketum menjadi serbuk dalam serbuan sekitar jam 10 pagi semalam.

Ketua Operasi AADK Kubang Pasu, Mohd Shafieq Ismail berkata, serbuk ketum siap diproses itu dibungkus dan diikrar sebagai serbuk inai untuk dieksport ke luar negara, termasuk Indonesia, Thailand, Kanada, Ukraine dan Amerika Syarikat.

"Ini berdasarkan bukti invois pembelian yang ditemui dalam rumah berkenaan dan penghantaran dilakukan berdasarkan permintaan,” katanya,

Turut ditahan dalam serbuan itu lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) mental berusia 30-an, disyaki pembantu di makmal itu untuk membantu siasatan.

Menurut Mohd Shafieq, lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan barang kes dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com