Lelaki Terperangkap Dalam Mesin ATM, Hulur Nota Minta Tolong


KEJADIAN yang mungkin tidak pernah berlaku dan mengejutkan orang ramai apabila sebuah mesin ATM mengeluarkan nota minta tolong melalui slot resit.

Nota minta tolong yang ditulis dengan tulisan tangan itu bagaimanapun daripada lelaki yang terperangkap di dalam mesin ATM yang terletak di Texas.

Menurut laporan BBC, lelaki itu yang merupakan seorang kontraktor, terperangkap di dalam bilik mesin ATM selepas secara tidak sengaja terkunci dirinya dari dalam bilik berkenaan.

Kontraktor itu difahamkan cuba menukar kunci yang bermasalah di dalam bilik yang bersambung dengan mesin ATM berkenaan.

Dengan hanya beberapa pilihan untuk keluar, lelaki itu terfikir untuk menyelitkan nota pertolongan menerusi slot resit di mesin ATM berkenaan kepada orang ramai yang mengeluarkan duit.

"Tolong, saya terperangkap di dalam ini, dan saya tidak membawa telefon. Tolong telefon bos saya," tulis nota terbabit.

Pegawai polis dipanggil dan terpaksa menendang pintu bilik itu untuk menyelamatkan kontraktor terbabit.

Tidak dapat dipastikan berapa lama dia terperangkap bersama mesin itu tetapi pegawai senior Richard Olden menyifatkan kejadian itu sebagai sangat pelik dan sangat jarang berlaku.

"Semua orang okay, tetapi kamu mungkin tidak akan dapat melihat kejadian seumpama ini berlaku lagi. Ianya sangat gila," katanya.

Sumber: BBC

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com