Lelaki Sanggup Menyamar Jadi Perempuan Selama 20 Tahun Demi Ibu


GUILIN - CHINA. Seorang lelaki sanggup menyamar menjadi perempuan sejak 20 tahun lalu bagi membantu ibunya sembuh dari penyakit mental sejak kematian adik perempuannya.

Dalam rakaman yang tular di China, lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dari Guilin, wilayah Guangxi menunjukkan dia memakai Cheongsam membantu menjaga ibunya.

Video berdurasi 90 saat itu dimuat naik oleh Pear Video di laman sosial China, Weibo dan mendapat lebih 4.3 juta tontonan.

Malah ia turut dikongsi secara meluas di laman web berita di China.

Menurut laporan, selepas ibu kepada lelaki itu mula menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah mental ketika anak perempuannya meninggal dunia, dia mula berpakaian wanita dan melakukanya sejak itu.

Kongi lelaki itu, ibunya percaya dia adalah anak perempuannya yang kembali semula padanya.

"Dia sangat gembira, jadi saya terus melakukannya (berpakaian wanita), malah saya tidak mempunyai pakaian lelaki," katanya sambil menambah tidak langsung peduli dengan tanggapan orang lain dan melakukannya demi ibunya.

Sementara itu, dalam video berkenaan, ibu berkenaan merujuk lelaki itu sebagai anak perempuannya.

"Apabila anak perempuan saya yang lain meninggal dunia, dia menjadi anak perempuan saya," katanya dipetik The Straits Times

Kedua beranak itu tidak mempunya ahli keluarga yang lain dan lelaki itu menyara kehidupan mereka dengan bermain seruling.

 Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com