Lelaki Mengamuk Guna Parang Selepas Bergaduh Dengan Ibu Di Ipoh


IPOH Polis menahan seorang lelaki selepas dia mengamuk menggunakan gunting dan parang di tebing Sungai Pari, berdekatan rumahnya di Jalan Leong Boon Swee di sini, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias berkata suspek berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam selepas polis mengambil masa sejam memujuknya.

"Hasil siasatan awal mendapati berlaku pergelutan antara suspek dan ibunya di rumah mereka sebelum dia mengamuk, namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Polis masih melakukan siasatan lanjut mengenai punca suspek mengamuk dan turut merampas dua bilah parang dan sebilah gunting daripada suspek," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Putih di sini, semalam.

Abdul Rani berkata hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan.

Katanya, polis mengesyaki suspek kurang siuman dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com