Lelaki Maut Dipukul Di Kepala Di Teluk Intan


TELUK INTAN - Seorang lelaki berusia lingkungan 50-60 tahun maut dipercayai dipukul di kepala oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai kosong di Desa Aman, Batu 6, Jalan Hutan Melintang - Teluk Intan, pagi semalam.

Suspek yang dikatakan dilihat bersama mangsa sebelum kejadian, hanya duduk di sebelah mangsa yang sudah dibunuhnya sebelum ditemui orang ramai.

Salah seorang saksi yang enggan dikenali berada di tempat kejadian memaklumkan mangsa sebelum ini tidur di kaki lima kedai kosong  berkenaan.

"Beberapa orang di sini juga memaklumkan sebelum kejadian suspek dilihat bersama mangsa pada sebelah pagi.

"Saya sampai sahaja tengok orang sudah mula ramai dan ada yang memberitahu suspek memukul kepala mangsa dengan batu sebanyak dua kali, namun suspek mengatakan dia tidak pukul mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Yahaya Hassan memaklumkan kejadian masih lagi dalam siasatan.  

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com