Lelaki Jatuh Longkang Ditemui Lemas Di Georgetown


GEORGE TOWN- Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang besar di Jalan Sungai Ara, di sini semalam.

Mangsa, dikenali sebagai Lim Kean Chuan, 59, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 2 petang semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa yang memandu kenderaan jenis Mercedes dikatakan terperangkap dalam banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup mendapati mangsa cuba menyelamatkan diri dengan meninggalkan sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bayan Baru, Rohizad Yusoff berkata, mangsa ditemui 800 meter dari lokasi dia terjatuh.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com