Lelaki Ditemui Mati Gantung Diri Dalam Bilik Di Lawas


LELAKI ditemui mati dengan menggantung diri di biliknya di Kampung Baru, Sundar, di Lawas, malam tadi.

Mangsa, 40, ditemui ahli keluarganya pada 11.50 malam sebelum polis dihubungi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarga mendapati mangsa tertekan selepas bercerai dan dibuang kerja sebagai pemandu ambulans baru-baru ini.

"Tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui pada si mati dan di hantar ke Hospital Lawas untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com