Lelaki Cuba Rogol Di Stesen Minyak Selamba Panjat Separuh Bogel

 Image result for Lelaki Cuba Rogol Di Stesen Minyak Selamba Panjat Separuh Bogel

Machang - Seorang wanita menempuh detik cemas apabila nyaris dirogol seorang lelaki ketika menggunakan tandas stesen minyak di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian 11.35 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun bergelut dengan suspek berusia 20-an sebelum menyelamatkan diri selepas jeritannya didengari orang ramai.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di dalam tandas kecuali satu bilik yang berkunci.

Katanya, ketika mangsa menggunakan tandas itu dia melihat seorang lelaki memanjat dan memasuki tandasnya dalam keadaan separuh bogel.

“Mangsa yang panik menjerit meminta tolong dan turut menggigit suspek untuk menyelamatkan diri sebelum jeritannya didengari orang ramai yang berada di kawasan berdekatan.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com