Akibat terlalu leka dengan telefon bimbit, seorang remaja berusia 15 tahun maut kerana terjatuh ke dalam sebuah kolam.
Kejadian yang berlaku di China itu telah dirakam oleh sebuah CCTV bertarikh 6 Julai lalu kira-kira jam 9 malam.
Dalam rakaman tersebut, remaja tersebut dilihat berjalan-jalan berhampiran kolam sambil bermain telefon bimbitnya.
Pelajar itu terlalu leka bermain telefon bimbitnya sehingga tidak perasan dihadapannya terdapat sebuah kolam yang agak dalam.
Sejurus terjatuh, lelaki itu dilihat terkapai-kapai meminta tolong namun, tiada siapa yang menyedarinya.
Menurut Top-News, mayat pelajar itu ditemui keesokan harinya.
Sumber: TV14
No comments: