Koperal Tertembak Punggung Rakan


KOPERAL polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman tertembak punggung rakannya di sebuah gerai di Setapak, kira-kira 5 pagi, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam kejadian itu, suspek berusia 30-an bersama dua rakannya sedang minum arak di gerai berkenaan.

Katanya, ketika itu, berlaku pergaduhan sesama mereka sebelum anggota berkenaan marah.

“Dia melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya terkena punggung rakannya itu.

“Kami sudah menahan anggota berkenaan bersama seorang lagi rakannya,” katanya kepada pada Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com