"Kita Perlu Penggal Kepala Pengkhianat Terbabit"


ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengancam untuk memenggal kepala pembelot ketika berucap sempena ulang tahun pertama kegagalan rampasan kuasa untuk menggulingkannya.

"Pertama, kita perlu penggal kepala pengkhianat terbabit," katanya pada perhimpunan di Istanbul yang disambut sorakan orang ramai yang menyokong hukuman mati dilaksanakan semua di Turki.

Erdogan mengulangi janji sebelum ini untuk menandatangani rang undang-undang mengembalikan hukuman mati di Turki dan tindakan itu dijangka menghalang Ankara menyertai Kesatuan Eropah (EU).

"Kita adalah negara yang ditadbir dengan undang-undang. Jika cadangan hukuman itu dibuat selepas sidang parlimen, saya akan menandatanganinya," katanya.

Erdogan berkata, suspek yang dibicarakan atas tuduhan rampasan kuasa itu patut memakai pakaian seragam jingga seperti tahanan Guantanamo.

"Saya sudah berbincang dengan perdana menteri. Apabila mereka hadir di mahkamah, mereka memakai pakaian seragam seperti di Guantanamo," katanya. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com