Kim Swee Lega 26 Pemain Lapor Diri Sebelum Bertarung dengan Myanmar


KUALA LUMPUR - Datuk Ong Kim Swee ak­hir­nya mendapat jumlah anggota yang diperlukannya apabi­la sebanyak 26 pemain melapor diri sebelum mereka menentang skuad bawah 22 ta­hun Myanmar har ini.

Tidak pernah sepanjang kariernya sebagai jurulatih skuad kebangsaan, sama ada senior ma­hupun junior, Kim Swee menghadapi situasi seperti yang dihadapinya sekarang. Pada ha­ri pertama sesi latihan skuad B-22 negara hanya enam pemain me­lapor diri di kem latihan di Wisma FAM manakala sebelum sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan di Shah Alam tengah hari semalam dia masih kekurangan tujuh pemain daripada 26 yang dipanggilnya.


Namun, jumlah itu mencu­ku­pi juga akhirnya apabila sesi menguji padang Stadium Shah Alam yang menjadi gelanggang pertemuan dengan Myanmar diadakan pada lewat petang.

Bagaimanapun, melakukan per­siapan dalam tempoh yang singkat dan ditambah dengan masalah tidak cukup pemain tidak sedikitpun melunturkan semangat pengendali skuad bawah 22 tahun Malaysia (B-22) itu, untuk mencipta kemenangan apabila menentang Myanmar B-22 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini

Jika ditanya mana-mana juru­latih, pastinya tiada yang ma­hu berdepan dengan situasi seperti dialami Kim Swee dalam menyediakan pasukan untuk dua kejohanan besar iaitu Kelayakan Piala AFC B-23 dan kemudian Sukan SEA bulan depan.

“Ini bukan apa yang saya inginkan, tetapi sudah pasti walaupun saya tidak banyak melatih mereka namun pemain yang dipanggil kali ini dan terlibat ketika jelajah di China (Jun) pasti men­getahui apa yang saya inginkan.

“Saya mengharapkan mereka sekurang-kurangnya dapat memberi kesan untuk saya lihat adakah pemain-pemain ini faham dengan apa yang sudah di­ajar kepada mereka sebelum ini.

“Perlawanan ini penting untuk kita fikir mengenai strategi dan corak permainan dan saya tahu Myanmar sudah berlatih selama tiga minggu namun itu bukan masalah yang perlu saya fikirkan.

“Saya lebih pentingkan apa yang perlu kita lakukan walaupun sehari tetapi saya percaya pemain akan memberikan yang terbaik dan mengikut apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM semalam.

Katanya, walaupun terpaksa melakukan persiapan da­lam kea­daan serba kekurangan na­mun bukan bermakna dia sudah mengangkat bendera putih sebaliknya tetap optimis untuk mencari kemenangan.

“Tiada siapa pun yang in­ginkan kekalahan. Walaupun kami berlatih sehari (mula berlatih semalam) saya tetap inginkan kemenangan dan saya percaya pemain pun mahukan kemenangan. Kita akan cuba yang terbaik dan penting untuk saya menilai semua pemain yang diturunkan.

“Buat masa ini, hingga sekarang kita ada 19 pemain yang telah melaporkan diri dan masih menunggu beberapa pemain untuk tiba dalam masa terdekat. Jafri Firdaus Chew dari Pulau Pinang sudah melaporkan diri.

“Saya sudah memanggil dua penjaga gol iaitu Ahmad Solehin (Mamat) dari Kuala Lumpur dan Mohd. Faridzuean (Kamaru­ddin, Sime Darby) serta beberapa pemain seperti Shamie (Iszuan) da­ri Sarawak,” katanya lagi.

Sumber:  Utusan


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com