Ketua Umum Pakatan Harapan Dari Kaca Mata Pengerusi Pakatan Harapan


ALOR SETAR - Hubungan antara Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah baru terjalin dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi mentornya sejak menyertai UMNO berpuluh tahun dahulu.

Anwar asalnya merupakan anak angkat kepada mantan Presiden PAS, Allahyarham Yusof Rawa, yang kemudian telah dipujuk Mahathir supaya menyertai UMNO.

Biarpun tindakan Mahathir ketika itu ditentang keras oleh bapa saudara Anwar, Sulaiman Palestin, namun bekas Perdana Menteri itu tetap berdegil mahu Anwar menjadi salah seorang pemimpin di dalam UMNO.

Anwar layaknya bagai anak emas bagi Mahathir di mana beliau diberikan pelbagai keistimewaan sehingga kariernya sebagai ahli politik begitu cepat mendaki tangga hierarki, menafikan ramai pemimpin politik UMNO yang dibenam "mentor dan menti" itu.

Pun begitu, disangkakan panas hingga ke petang, namun hujan di tengahari.

Ketika mana selangkah lagi Anwar bakal memiliki kerusi empuk Perdana Menteri, Mahathir mengejutkan ramai pihak apabila membuat "u-turn" mempercayai Anwar terlibat dengan aktiviti jenayah liwat walaupun enggan percaya walaupun berkali-kali dilaporkan kepadanya.

Mahathir pecat semua jawatan Anwar sama ada di dalam kerajaan mahupun di dalam parti, mengarahkan bekas Timbalannya itu ditahan dan didakwa di mahkamah atas tuduhan yang cukup memalukan di mata dunia, termasuk salah guna kuasa.

Karier Anwar tamat serta merta walaupun puluhan ribu penyokongnya turun ke jalan raya setiap hari dan berdepan tembakan meriam air, belantan pasukan FRU dan risiko ditangkap sebelum dihumban ke penjara.

Berikut di bawah adalah antara beberapa kenyataan yang pernah diungkapkan Pengerusi Pakatan Harapan itu kepada Ketua Umum Pakatan Harapan yang juga merupakan suami kepada Presiden Pakatan Harapan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; - Kedahnews.com






No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com