Kesetiaan Mahathir Kepada UMNO Hanya Di Bibir - Zainal Abidin


ALOR SETAR - Tindakan keluar masuk UMNO selepas tidak lagi memegang kuasa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlihatkan sikap sebenar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Sehubungan itu, ahli UMNO dan orang Melayu di negara ini diminta menilai kembali apakah Mahathir seorang pejuang bangsa atau berjuang untuk kepetingan diri dan keluarganya.

Kesetiaan Dr. Mahathir kepada parti hanya di bibir semata, iaitu semasa diberi mandat oleh ahli untuk memegang jawatan dalam parti termasuk Presiden UMNO.

Pemimpin seperti itu tentunya 'tidak rasa malu' kepada ahli UMNO biasa yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi  terus setia bersama parti hingga di akhir usia mereka.

Dalam hal ini UMNO Pulau Pinang juga mengingatkan rakyat dan orang Melayu dalam pakatan pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan 'wayang' dimainkan oleh  Dr Mahathir.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Dr Mahathir boleh melakukan 'pusingan U' pada bila-bila masa berdasarkan kepada rekod bekas perdana menteri itu sebelum ini.

"Kalau kita lihat tahun 1969 beliau (Dr Mahathir) dipecat daripada UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Kemudian beliau keluar UMNO di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau masuk balik UMNO bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemudian keluar semula UMNO.

"Keluar masuk UMNO ini dah jadi kebiasaan kepada Dr Mahathir, dah tiga kali. Jadi, jangan terkejut masa depan beliau akan masuk balik (UMNO). Senang sangat beliau 'U-turn' pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama.

Zainal Abidin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dengan kerjasama JKP Sdn Bhd, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir sejak kebelakangan ini sebagai satu 'wayang' dan berharap rakyat serta juga pakatan pembangkang tidak mudah mempercayai dakyah itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com