Kesan 3,445 Kes Gagal Kemuka Borang Cukai


KOTA BHARU - Sebanyak 3,445 kes berjaya dikesan melibatkan inidividu dan syarikat yang gagal memgemukakan Borang Nyata Cukai diseluruh negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksukutif (Dasar), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Noor Azian Abdul Hamid berkata, bagi meningkatkan penguatkuasaan tersebut, satu operasi besar besaran iaitu Op Patuh akan diadakan bermula semalam.

"Operasi ini melibatkan 1,279 orang pegawai dari 37 cawangan LHDN. Selain itu juga seramai 330 pegawai siasatan akan melakukan siasatan terhadap 91 kes yang melibatkan pembayar cukai yang dipercayai melakukan pengelakan cukai," katanya semasa sidang media di sini.

Beliau merasmikan Perasmian Kunjungan Mesra Hasil Berfokus Op Patuh Peringkat Nasional, di Pejabat LHDN Kota Bharu.

Turut hadir, Pengarah Cawangan LHDN Kelantan, Shaufee Salleh.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com