Kerajaan Negeri Johor Rakam Ucapan Takziah

 Kerajaan Negeri Johor rakam ucapan takziah

JOHOR BAHRU - Pemergian Allahyarham bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Datuk Mohd Ali Hassan, yang meninggal dunia semalam merupakan satu kehilangan besar kepada negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan takziah bagi Kerajaan Negeri Johor kepada keluarga Allahyarham.

"Beliau (Allahyarham Mohd Ali) adalah tokoh politik yang berwibawa dan banyak berjasa kepada negeri Johor.

"Beliau juga banyak menyumbang khidmat bakti serta pemikiran khusus dalam pembangunan Islam di Johor sehingga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor 1435 Hijrah," kata Mohamed Khaled menerusi kenyataan di sini, semalam.

Mohamed Khaled turut mendoakan semoga roh Allahyarham Mohd Ali dicucuri rahmat dari ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com