"Kenapa Tak Buat MRT Macam Laluan SBK? Jauh Lebih Murah", Dr Norlela Tanya Guan Eng


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus dipertikai bukan sahaja oleh pemimpin Barisan Nasional (BN), tetapi juga anggota dewan undangan negeri (DUN) daripada Pakatan Harapan sendiri.
   
Terbaru, ADUN Penanti  daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Norlela Ariffin mempertikaikan Projek LRT di Pulau Pinang sepanjang 30 klilometer yang Pinang bernilai RM24 bilion adalah lebih mahal daripada laluan 51 kilometer MRT Sungai Buloh - Kajang (SBK).

Ujarnya, laluan MRT SBK lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen dan disiapkan dengan harga RM21 bilion di mana  jauh lebih murah daripada projek LRT yang dicadangkan akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Nak tanya (syarikat) SRS (Konsortium) di mesyuarat Majlis Penangkutan Awam P.P (Pulau Pinang) pada 20, Julai kenapa tak buat MRT sebab lebih murah kos/km dari kos LRT Komtar - Bayan Lepas yang (bernilai) RM24 bilion dan kena tambak laut 4,500 ekar," soal Dr. Norlela dipetik dari akaun Facebook beliau, semalam.

Dr. Norlela Isnin lalu turut merasai keselesaan MRT laluan Sungai Buloh - Kajang yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tindakan Dr Norlela yang mempersoalkan kos Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri disifatkan  satu langkah berani dan patut dicontohi oleh .wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Bagi Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong, wakil rakyat daripada PKR itu berani mempersoalkan kerajaan negeri pimpinan DAP demi untuk rakyat negeri ini dan wajar dicontohi.
  .
"Apa yang dipersoalkan oleh ADUN Penanti itu ada kebenarannya kerana projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang yang dilaksana oleh kerajaan Persekutuan hanya menelan kos RM21 bilion tanpa sebarang aktiviti yang boleh mencemari alam sekitar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini Dr. Norela pernah mempersoalkan kerajaan negeri di sidang DUN kerana mengabaikan pembangunan dan suara penduduk di kawasan luar bandar di negeri itu terutama yang melibatkan kampung-kampung Melayu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dipetik Bernama sebelum ini  berkata, cadangan laluan LRT berkenaan bermula dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) melalui Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum ia berakhir di bahagian penambakan laut, selatan Pulau Pinang.

Katanya, kerajaan negeri bercadang untuk menyiapkan fasa pertama projek berkenaan pada 2023 manakala jajaran penuh siap dan beroperasi menjelang 2030.

Walau bagaimanapun Norlela mendakwa kos projek LRT Pulau Pinang terlalu mahal berbanding laluan MRT SBK yang mempunyai 31 stesen termasuk 7 daripadanya stesen bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer dan 20.5 kilometer laluan bertingkat.

"Kos keseluruhan pembinaan laluan MRT Sg Buloh - Kajang ialah RM21 bilion," ujarnya membandingkan dengan projek LRT Pulau Pinang.

Bagaimanapun  kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini meningkatkan bajet PTMP kepada RM46 bilion dan menafikan nilai RM27 bilion yang didedahkan sebelum ini. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com