Kelindan Lori Maut Tersepit Dalam Kemalangan Dekat Tapah


KELINDAN lori maut manakala pemandunya cedera selepas kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 354.6 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Tapah, semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Muhammad Farhaan Mohamed Subhan, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan manakala Mohd Aidil Shukri Din, 32, hanya luka-luka pada badan.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu lori itu dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Katanya, kelindan berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas tersepit dan parah di beberapa bahagian badan manakala pemandu hanya cedera.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu lori dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com