Kekasih Ronaldo Tayang Baby Bump


BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo memuatnaik gambar keluarga besarnya semasa percutian di Ibiza untuk dikongsi bersama peminat di Instagram.

Namun, tumpuan lebih terarah kepada perut kekasih Ronaldo, Georgina Rodriguez yang sudah menampakkan baby bump.

Khabar angin mengatakan Rodriguez sedang hamil anak Ronaldo dan perkara itu dinafikan ibu Ronaldo, Dolores.

Namun gambar terbaharu itu menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Dalam gambar itu, Rodriguez sedang mendukung salah seorang kembar yang juga anak Ronaldo yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.

Ronaldo turut memuatnaik gambarnya bersama keluarga termasuk Dolores, anak sulungnya, Cristiano Ronaldo Jr dan bayi kembarnya semasa percutian itu.

Dia meletakkan kapsyen: 'Big family with love.'

Gambar itu mendapat lebih 3 juta likes dari peminatnya.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com