Kejam! Sumbat Kondom Berisi Syabu Dalam Perut Ayam

 

Chiang Mai - Seorang penyeludup dadah diarah meminta maaf kepada dua ekor ayam selepas dia memaksa ayam berkenaan menelan kondom berisi dadah jenis methaphetamine atau syabu.

Charnwut Seuksongkram, 28, ditangkap oleh polis di Chiang Mai ketika membawa ayam berkenaan dalam dua kotak sementara menanti sebuah kenderaan.

Polis mengawasi gerak gerinya selepas menerima maklumat dia memaksa seekor ayam berkenaan menelan tiga kondom dan seekor lagi menelan empat kondom berisi dadah berkenaan.

Mereka membuka kotak berkenaan dan mendapati perut ayam berkenaan kembung teruk, lapor media tempatan.

Kedua-dua haiwan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas seorang anggota polis melakukan pembelahan kecil dan mengeluarkan kondom berisi hampir 1,400 pil dadah itu.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com