Kecoh! Tumpahan Asid Nitrik Berlaku Di Sekolah Simpang Kuala


ALOR SETAR - Keadaan kecoh seketika di Sekolah Menengah Simpang Kuala di Jalan Alor Mengkudu dekat sini apabila seramai 600 pelajar sekolah tersebut diarahkan untuk meninggalkan kelas masing-masing.

Arahan tersebut dikeluarkan ekoran daripada insiden tumpahan asid nitrik yang berlaku di dalam stor kecil di bawah tangga hingga menyebabkan penghakisan lantai dan bahan-bahan lain.

Komander Balai Bomba Jalan Raja, Jasbir Singh Tara Singh, berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 11.41 pagi kelmarin.

“Jentera bomba serta Pasukan Perkhidmatan Penyelamat dan Rawatan Kecemasan  telah dihantar ke sekolah dalam masa tiga minit.

“Bomba telah menggunakan pasir untuk menutup tumpahan itu dan selebihnya dibuang oleh pihak sekolah.

“Tiada kecederaan  berlaku dan operasi berakhir pada  tengahari,” katanya.

Asid nitrik itu bukan sahaja mengeluarkan bau yang busuk, malah boleh menghakis semua besi dan bertindas balas dengan bahan mudah terbakar dan bahan kimia organik, serta bahan seperti turpentin, arang, alkohol dan cuka, menyebabkan berlaku kebakaran dan letupan. 

Para pelajar diarahkan untuk menunggu di dewan selama setengah jam sebelum kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com